Khamis, 5 Julai 2012

ULAR ADA KAKI

Ular Berkaki Ditemui di China (Naga?)

Seekor ular bersaiz kecil ditemui dalam keadaan mempunyai kaki di bahagian badannya. Ular pelik ini ditemui di China dan menurut kajian ia seolah seperti satu kecacatan sejak kecil lagi.

Kini ular tidak perlu lagi mengesot untuk bergerak, sebab diorang dah ada kaki..haha. (gurau je, jangan marah ye cik ular). Sebenarnya ular berkaki ini ditemui di China dan menurut kajian kecacatan ular pelik ni lebih kurang macam bayi kembar siam yang menghasilkan organ berlebihan.
Ular pelik yang berkaki ini telah ditemui oleh seorang wanita China yang bernama Dean Qiongxiu, berumur 66. Dia melihat ular berkaki ini terpaut pada siling rumahnya pada tengah malam ketika dia hendak masuk tidur.

gambar pelik  ular yang berkaki yang ditemui oleh Mrs Quingxiu ini boleh dilihat di bawah. Agak pelik, mungkinkah ular pelik berkaki ini adalah jelmaan seekor naga yang terkenal dalam mitos negara China? Wallahualam.

Beginilah keadaannya ular berkaki yang ditemui di China.


Mungkin ular ini ada makan ayam kot, dan tercekik kaki ayam kat dalam badan ular tersebut. He He..Yang paling pelik bukanlah ular yang berkaki ini tetapi ialah yang paling pelik ialah manusia yang mengaku Islam tetapi tidak mengamalkan cara hidup sebagai seorang Islam. Semoga kita tidak tergolong dari golongan seperti ini.

Selasa, 3 Julai 2012

KOLEKSI KATA2 USTAZ AZHAR IDRUS
















SYUKUR YA ALLAH

 
Disaat kita mengeluh kerana sukarnya tidur yang lena walau pun ditilam yang empuk, pernahkah kita terfikir tentang mereka yang lena tanpa beralaskan apa-apa..

Disaat kita bersunggut tentang makanan yang tidak menyelerakan, pernahkan kita terfikir ada insan yang kelaparan tanpa apa-apa makanan..

Disaat kita mengungkit tentang kerja yang tidak setimpal dengan gaji yang diterima, pernahkah kita ter...fikir tentang mereka yang tidak punya gaji dari hasil kerja mereka..

Kerana kita terlalu asyik memandang keatas, hingga kita lupa apa yang ada dibawah..
 

rase sedih dan pilu bila terpandangkan wajah seorang budak bersama adiknya agaknya....pilunya hati seorang ibu nih.....hiba dan sebak meruntun jiwa.....bila anak tak tido kita kadang kala mengeluh..."napalah taknak tido nak....mak penat nih" tapi ader juga insan lain yang memikul tanggungjawab seorang ibu seusia itu.....dan bagaimanakah nasib diri sekecil yang masih didalam pelukan abangnya itu nanti...bagaimanakah makan,minum, pakai,kebnersihan dirinya terjaga....sapa yang bagi dia makan.....sapa yang mencari makanan untuknya....addduuuhhh kesiannya....kesian ya ALLAH...bantulah insan ini untuk meneruskan hidupnya...dan aku bersyukur dikurniakan nikmat yang melimpah darimu ya ALLAH.......

 akhir kata hendaklah kita sama2 * bersyukur dengan apa yg kita miliki, alhamdulillah. :)

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH



✔ Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

✔ Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita.. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian
...
✔ Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
 

✔ Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

✔ Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya... Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

✔ Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya.. Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..
 

✔ Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

✔ Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

✔ Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia.. Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik.. Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

✔ Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk.. Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..