Khamis, 5 Julai 2012

ULAR ADA KAKI

Ular Berkaki Ditemui di China (Naga?)

Seekor ular bersaiz kecil ditemui dalam keadaan mempunyai kaki di bahagian badannya. Ular pelik ini ditemui di China dan menurut kajian ia seolah seperti satu kecacatan sejak kecil lagi.

Kini ular tidak perlu lagi mengesot untuk bergerak, sebab diorang dah ada kaki..haha. (gurau je, jangan marah ye cik ular). Sebenarnya ular berkaki ini ditemui di China dan menurut kajian kecacatan ular pelik ni lebih kurang macam bayi kembar siam yang menghasilkan organ berlebihan.
Ular pelik yang berkaki ini telah ditemui oleh seorang wanita China yang bernama Dean Qiongxiu, berumur 66. Dia melihat ular berkaki ini terpaut pada siling rumahnya pada tengah malam ketika dia hendak masuk tidur.

gambar pelik  ular yang berkaki yang ditemui oleh Mrs Quingxiu ini boleh dilihat di bawah. Agak pelik, mungkinkah ular pelik berkaki ini adalah jelmaan seekor naga yang terkenal dalam mitos negara China? Wallahualam.

Beginilah keadaannya ular berkaki yang ditemui di China.


Mungkin ular ini ada makan ayam kot, dan tercekik kaki ayam kat dalam badan ular tersebut. He He..Yang paling pelik bukanlah ular yang berkaki ini tetapi ialah yang paling pelik ialah manusia yang mengaku Islam tetapi tidak mengamalkan cara hidup sebagai seorang Islam. Semoga kita tidak tergolong dari golongan seperti ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan